07 April, 2009

APa dah jadi... kenapa Tak jadi.....

Berangan dalam hati nak makan 'nasi goreng kampung ala-ala Dapoq jalan Silat, Shah Alam'... dulu pernah buat masa Sleep over kat rumah Mak Tam Suzie masa Raya thn lepas.

Tapi... di sebabkan kita berada di dapur townhouse 13, Flinders Housing, maka, 'nasi goreng kampung ala ala Dapoq jalan silat , shah alam' pun tak jadi.

Bila buat post mortem kat modus operandi, banyak jugak penemuan bukti bukti yang menunjukkan sebab ketidakjadian 'nasi goreng kampung ala-ala Dapoq jalan Silat, Shah Alam' itu.

Antaranya,

Faktor cili - cili yang biasa di gunakan di shah alam adalah Cili Puteri...kat sini, bukan setakat cili puteri yang tak dak, Cili Raja pun tak dak...sampai sekarang, masih mencari cili yang sedap...masih belum ku temui....

Faktor dapoq - ( PEMBERITAHUAN : Dapoq dalam bahasa inggeris nya ialah Stove, bukan sahaja bermaksud keseluruhan dapur seperti mana yang kita belajar dalam bahasa melayu di sekolah....Teringat kepada Mak saya bila dia sebut "Dok Kacau kari ataih dapoq" hehehe...buat kari pun best gak kan....?) Dapur di shah alam, ialah dapur gas... kat sini, dapur piring plates ( bukan pilates okay..) yang mana the heat is uncontrolable mcm kepala cik skuna yang tak betul plak ni tetiba...
- Mungkin juga, ianya akan jadi kalau kita masak di dapur rumah no 2 plak? What say u Mak Tam? (^_^)

Faktor ikan bilis - kat shah alam, kita tak goreng ikan bilis before hand, memang la kita pun tak goreng hand, tapi kat sini entah kenapa, kita pi goreng ikan bilis tu... eh, bukan kita, ROzi yang goreng...sebab kak husna dia takut minyak ( teringat laser yang sakit tu...)

ada bnyak lagi faktornya yang menyumbangkan kepada nasi goreng yang TERAMAT_AMAT pedas itu, sehinggakan, meleleh air mata masa makan...(FAIL !!!!!), salah satunya, tukang yang nak masak tu ( cik skuna) pun tgh kepala tak center...pasal tu tak jadi kot....

makanan kali ini juga tiada gambar.....dah masuk perut orang pun....

Does this mean,.....Perlukah, saya amik gambar perut orang je letak kat sini?

2 comments:

iamreallyregretwithwhatihavedonechumichikiboom said...

lori cili terbalik dalam kuali...tu yang pedas sangat tu kak husna....(^_^)
- ada beberapa org yg makan nasi tu, so, nak abik gambar perut sape???? huhuhuhu...

Anonymous said...

hahah...baru je baca posting you yg ni..nak buat rumah nomboq 2...buleeeeh, mmg ada hajat pun..tp nanti i pastikan LINE CLEAR dulu.....