28 November, 2009

Bengkak

I wasn't that keen on writing for the blog anymore. i don't know why.
Each days i have stories to tell. A lot of things happened. Nice ones, not so nice ones... happy moments, sad moments.

Eventhough i wrote each and everything...Not actually wrote because i typed it kat laptop kan... but for i don't know why, i didn't publish it. Aku hanya mampu menaip dan cukup sekadar itu.

Arghhh.. Biarlah apa yang ku tulis menjadi bacaan yang adakalanya membawa senyuman, tawa, sakit hati, pengajaran, kekesalan pada diri sendiri. Entah mengapa tiba-tiba aku tidak lagi sudi untulk berkongsi kisah suka duka ku di blog ini.

Aku hanya manusia biasa, tiada yang luar biasa pada diriku, aku tidak punya kuasa super seperti superhero superman, spiderman, apatah lagi, aku juga tidak punya kecantikkan yang super. Apa yang ada hanyalah sepasang Mata yang kecil sebelah, hidung comel yang agak senget serta bibir yang juga senget, kurniaan Allah swt yang sangat aku hargai kerana semua itu membuatkan aku dapat melihat, bau dan berkata kata. Oh ya, semua yang ku miliki pada wajah ku agak senget kerana aku punya tanda lahir. Kadang kala membuatkan aku terfikir, mungkin juga Otak ku juga senget barangkali... hanya gurauan....hehehehe.

Entah mengapa, malam ini ku rasakan begitu syahdu sekali. AKu sukar melelapkan mataku yang agak bengkak ini. Tidak, aku bukan terkena sakit mata. Cuma malam ini aku banyak menangis. Ya, aku punyai hati yang sangat lembik selembik agar agar yang terlebih sukatan airnya... Kuat menangis. Di tambah pula menonton cerita cerita yang menyayat hati.

Di mulakan dengan menangis di dalam hati melihat seseorang tersiksa dalam meniti usia tuanya. DIa seharusnya gembira di samping isteri, anak anak dan cucu cucunya. Dia sepatutnya di hargai oleh anak anaknya, namun, Allah yang lebih mengetahui. Mata ini hanya mampu melihat kesedihan dan kekesalan itu, tanpa sebab, mata tidak mengalirkan airmata namun jauh di sudut hati kecil ini, terusik dan turut menangis bersama. Mulut tidak mampu bersuara. Barangkali bimbang mulut menjadi setajam pedang. Jalan terbaik, usah bersuara..... ( ini bukan lah cerita televisyen, ini adalah kisah benar)

NurKasih meniti episod terakhirnya malam tadi. Kesudahan yang menggembirakan dan juga menyentuh hati. Segala galanya tergambar di sebalik Nurkasih, Pengorbanan, Ketaatan dan Kesetiaan pada ALLAH dan juga Ibu Bapa. Kesetiaan dan CInta terhadap pasangan masing masing, erti Kemaafan, erti Kesabaran, Penantian yang tiada berakhir dan di sudahi dgn kebahagiaan nikmat yang tidak terhingga. Soal jodoh juga tergambar jelas. Airmata ini aku tahan. Kakak di sebelah turut mengalirkan air mata. Arrghhh... dia juga punya Episod episod duka didalam hidupnya. Keseluruhannya, Nur Kasih berjaya meninggalkan kesan yang mendalam pada penontonnya. Bak kata "Katrina" yang aku temui di rumahnya pada sebelah petangnya. "It took them about 10 years to brainstrom for this drama... its amazing"...

Bersambung pula dgn telemovie "Taubat Nasuha". Sekali lagi aku berendam air mata melihat anak anak di herdik, di pukul oleh si bapa yang EGO dan tidak tahu menghargai apa yang di kurniakan kepadanya. Kasih sayang dan penghargaan yang sengaja tidak mahu di tunjukan pda isteri dan anak anak walaupun jauh di sudut hatinya dia berbangga dgn pencapaian anak anaknya. ( Arghhh.. mengapa aku yang emo memikirkan soal cerita yang berpengajaran itu...) Si suami pula ada sebabnya mengapa jadi begitu. Trauma yang di alami sewaktu kecil menghantui diri....
Air mata tidak tertahan melihat kesabaran si isteri walaupun tahu suaminya ada skandal, dan melihat bagaimana si isteri menghubungi suami di saat yang genting sebelum di tikam dan suami sekadar acuh tak acuh. Ya, aku paling benci manusia yang tidak tahu menghargai apa yang di milikinya atau tidak pandai menghargai apa yang ada di depan bijik matanya. Aku juga paling benci bila ada manusia yang Take things for granted. memetik kata kata di akhir cerita "kita hanya menghargai apabila kita kehilangan...." Tolonglah, hargailah insan insan yang anda sayangi. tidak kira lah, sama ada ibu bapa, suami, isteri, bF, GF, sahabat sekalipun.... Ibu bapa yang paling penting. Sekarang di tinggal tinggalkan tanpa khabar, di sia siakan, esok bila mak bapak dah mati, tak yah la nak nangis nangis ye...TOO LATE!!!! ( aik, EMO skali lagi....)

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT :

HArgai lah ibu bapa anda, bukan sahaja ibu bapa anda, tetapi orang orang di sekeliling anda....



Layankan saja si husna ni menceceh pepagi buta ni... Jam menunjukkan jam 3.33 pagi. Lagi dua jam nak subuh dah...







No comments: