30 November, 2010

Anda ada masalah ke kalau ...... ?

Ini bukan entry EMO... <---cewahh... bgtau siap siap nih... hehehehe 
Tapi ini adalah entry sekadar menceritakan apa yang terjadi...


Situasi 1

seorang kawan menulis di dinding FaceBook pada hari jadi saya yang ke-30.

"selamat hari jadi dan semoga cepat cepat kawin.."

Saya baca tanpa perasaan. Marah pun tidak, suka pun tidak... Haihhh.... Terima kasih lah kerana doa anda hendak suruh saya cepat kawin ye.. Kawan yang satu ini memang tak sudah sudah bertanya bila nak kawin setiap kali berjumpa. Paling tidak dia kenen, hujung tahun ni makan nasik minyak saya. Saya tak marah.. Terasa pun tidak.. Hanya mampu ketawa sahaja.. Jodoh bukan di tangan saya.. Berteman lelaki pun tidak, Nak di kahwinkan saya dengan siapa? Tiang lampu kah? hehehehe... teman teman karib saya marah bila saya cerita kan situasi ini.. Yang mengenali teman tersebut mencadangkan saya memulangkan paku buah keras.. " Semoga cepat ada baby..." . Tapi saya tidak pernah berkata begitu padanya. Bertanyakan bila nak menambahkan bilangan ahli keluarga pun tak pernah ketika kami keluar Makan. Begitu saya menjaga perasaan orang akan tetapi, saya yang seringkali diasak dgn soalan soalan, bila nak kawin, jgn jual mahal, dan sebagainya... Dah nasib...nak buat mcm na.. lain kali, kalau teman yang sama bertanya lagi

Teman : Bila nak kawin ni?
Saya : Haa.. kejap lagi pengantin lelaki sampai lah... ! tak lama dah ni, lagi seminit sampai laa...hehehehe


Situasi 2

Isteri org : umur you berapa?
Saya : 29
Isteri org : ooo.. so u datang sini buat Masters ye..?
Saya : Ooo bukan, saya buat Masters di UiTM, saya buat PhD kat sini..
Isteri org : ehh.. muda muda dah buat PhD, tak takut tak laku ke? nanti tak kawin nanti.. lelaki takut...
Saya : --terkesima-- <---wahhh terkesima nih...hehehehe ye lah, terkejutla dia ckp mcm tu..

Jodoh bukan di tangan Anda.. Jodoh di tangan ALLAH. anda kah yang menentukan jodoh saya..? Anda ke yang decide segalanya? 

Ye memang lelaki ada sedikit ego kalau perempuan tu lebih darinya.. It happens to me where by a guy can't even terima when my test results is greater than his... itu baru result test je.. dah tak leh terima...

 I know the consequences when i decided to do my PhD. Buat PhD bukan buat Dosa Besar. SAya mencari ilmu. Kalau lah ada orang yang rasional yang boleh berfikir lebih sedikit. Ibu bapa saya menggalakkan saya membua PhD tanpa mempersoalkan bilakan saya akan berkahwin dan sebagainya.. Malah ibu bapa saya juga tahu consequensesnya.. kerana mereka lebih kenal siapa anak mereka.. Berwajah bagaimanakan anak mereka ( yang lansung tak di gilai oleh mana mana lelaki...boleh ckp gitu? hehehe bukan apa, saya sedar diri dan rupa saya mcm mana, dan saya berpjak di bumi yang nyata.. hehe ). Entah laa... saya pun tak faham dengan hukuman yang di kenakan pada wanita belum berkahwin yang membuat PhD atau Masters. Hukuman dan Pandangan Masyarakat sangat tidak adil.. Masyarakat patut bersyukur at least ada jugak wanita giler ( merujuk pada diri sendiri) yang nak buat PhD nak bantu Universiti dan para pelajar masa hadapan yang boleh jadi anak anak ornag yang 'bijak' berkata kata tu... 


Situasi 3

Ada seorang teman saya yang berlainan jantina yang concern bila tgk saya tak kawin. Hatinya jadi tak senang agaknya. Teman saya yang seorang ni mengklasifikasikan dirinya orang alim. segala lunas agama di ikutinya ( memang itu tanggungjawab kita kan...) paling best, dengan saya saya sekali di tegurnya kerana berpakaian tidak mengikut lunas islam. Berlengan pendek, tudung kecik sebagainya, meletakkan gambar tidak menutup aurat di facebook, tingkah laku bila berada dengan lelaki bukan muhrim, adap bercakap dgn lelaki bukan muhrim dan sebagainya... Habis segala hadis dan surah di curahkan pada saya mengatakan saya salah.. Saya terima dan berterima kasih kerana ada juga orang yang concern walaupun dia bukan teman istimewa saya. hehehehe... 

Selepas dia mendirikan rumah tangganya, dia sibuk mensarankan saya agar mendirikan rumah tangga juga..Masalahnya, nak kawin dgn tiang lampu kah? Nak berkahwin masa saya tengah study ni.. Teman saya yang seorang ini mencadangkan saya mengorat seorang kawan lelaki kami.... Haihhh... mahu sahaja saya pulangkan segala surah surah yang di tarbiahkan pada saya dulu tentang salam islam tak boleh bercouple, adap adap bercakap dengan lelaki bukan muhrim dan sebagainya.....Sudahnya, saya dan kawan lelaki itu menjadi buah mulutnya pada teman teman yang lain.. bukan kan ini sudah di kira FItnah wahai "ustaz"...?  Akibat perbuatanya membawa mulut, saya yang terkena tempiasnya.. saya di tuduh tergila gilakan kawan lelaki kami itu.. sedangkan kami hanya rapat sebagai kawan rapat sahaja. Tidak lebih dari itu.. 

Begitu lah sikap orang yang tak senang bila saya tidak berkahwin...

Situasi 4
Saya ke kedai runcit untuk membeli roti yang di pesan emak selepas ke Spa yang terletak bersebelahan kedai runcit itu. Tuan punya kedai ternampak saya dan menegur 

Tuan punya kedai : Haa.. lama tak nampak.. bila balik?
Saya : minggu lepas. nask sambung research
Tuan Punya kedai : Ni bila nak habis belajar ni? orang lain dah kawin dan ada anak..You jugak yang tak habis habis belajar lagi...Ni bila nak kawin ni?
Saya : DOing research is not easy okay...lagi pun, i bukan buat Degree.. i buat PhD kot... ( selamba je saya jawab.. Allah maha mengetahui betapa bukan niat saya nak riak atau bongkak)

Entah lah, saya tak marah , suka pun tak.. mungkin saya terlalu mengambil hati , siapa yang tak nak kawin? Ada family, ada suami dan anak anak, bak kata orang "ada Life sendiri". Saya selalu baca blog kawan kawan yang sudah berkahwin , yang dah ada baby, Saya baca Blog kawan saya Dayah yang sejak anak nya baru seorang sampai dah masuk tiga.. hehehehe Saya kagum dengan Dia. Bagi saya dia supermom di usia yang muda.Dia boleh memasak utk ayahnya,menguruskan suami dan tiga anaknya.. dia bukan sahaja pandai memasak, dia boleh menjahit dan melakukan mcm mcm lagi. Saya kagum dengan kawan yang seorang ini dan saya pun memasag hajat, mungkin satu hari nanti, saya boleh jadi mcm dayah juga, sekiranya di izinkan ALLAH..


Mungkin orang orang di luar sana yang panas mata tgk orang tak kahwin lagi kot hehehe...Tak apa lah.. ada jodoh nanti, kahwin lah saya ye, Insyallah di izinkan ALLAH....


hehehe INSYALLAH... Amin...

3 comments:

Che Kay said...

aduhai~~~ buat masa sekarang kadang kala mulut saya jahat sikit kalau org tanya bab kawen. saya tanya balek kat org yang bertanya kalau dia boleh dia jawab soalan dia baru saya jawab soalan dia.

soalan saya lebih kurang macam ni, "agak2 bila awak nak mati? kalau awak tahu nanti saya bagi tau jawapan saya." hehehe

What's luv gotta do ? said...

huhuhu, memang sangat power soalan itu =) hehehe.. Anyways, Jodoh di tangan ALLAH kan,.. insyallah satu hari nanti... amin,...ALLAH KNOWS BEST kan =)

Anonymous said...

i enjoy this post (hope i grasp the finer points)

manusia belbagai rupa, banyak yang aneh. dah jodoh ditangan allah nak buat cam ne kan?

i salute you menuntut ilmu, kan ibadah tu?