21 May, 2009

TENUK/CIPAN/TAPIR

1. Tak tahan aku tengok muka TENUK dia tu......

2. AKu geram Tahap CIPAN nih...!!!!!

3.Apsal buat perangai mcm TAPIR ni?


ketiga -tiga ayat di atas biasa kita dengar tak kiralah kat uni ke kat skolah ke, kedai kopi ke....Kesian Tenuk/cipan/Tapir yang comel ini menjadi mangsa kan....tapi Jangan terkejut kalau di katakan, ada jugak orang yang tak kenal Tenuk/cipan/Tapir ni.

Berikut adalah sumber dari WIkipedia mengenai TENUK /CIPAN/ TAPIR ni hehehehe....

The Malayan Tapir (Tapirus indicus), also called the Asian Tapir, is the largest of the four species of tapir and the only one native to Asia. The scientific name refers to the East Indies, the species' natural habitat. In the Malay language, the tapir is commonly referred to as "cipan" or "tenuk."

untuk keterangan lebih lanjut, sila lah pergi ke sini ye.....

Tapi kalau mim alif lam sin, berikut ada la beberapa fakta tentang Tenuk/cipan/Tapir :

1. TAPIR adalah antara haiwan di mana rupanya nampak sama sejak tiga juta tahun lalu. Tapir yang kerap dikaitkan dengan 'saudara' dekatnya iaitu kuda dan badak sumbu, sebetulnya mempunyai ciri-ciri tersendiri dan unik dari segi bentuk badan dan habitat.

2. Spesies ini mempunyai kaki yang pendek dengan empat batang jari di kaki hadapan dan tiga batang jari di kaki belakang.

3. Badannya diliputi dengan bulu yang jarang dan mulutnya yang muncung atau cerompong seakan-akan sama seperti belalai gajah. Cerompong inilah yang digunakan untuk mencari makanan kegemaran seperti buah-buahan, daun dan juga rumput di hutan. Haiwan ini memiliki tubuh yang berwarna putih di bahagian tengah dan hitam di bahagian depan serta belakang badan. Bahagian luar telinga Tapir juga berona putih.

4. Bagaimanapun, anak Tapir lahir dengan jalur dan bintik hitam putih yang semakin lenyap apabila mencapai usia matang. Tapir mampu hidup sehingga 30 tahun.

5. Ia juga dikenali dengan panggilan cipan atau tenuk dalam bahasa tempatan. Tapir menggunakan perbezaan warna pada badannya sebagai satu kelebihan untuk melepaskan diri daripada haiwan pemangsa seperti harimau bintang. Warna hitam putih secara berselang membuatkan haiwan pemangsa keliru dengan batu besar apabila ia terbaring di atas tanah sambil tidur.

6. Tapir yang gemar mandi, adalah perenang yang baik (rajinnya mandi sang cipan ni). Jika diganggu oleh haiwan lain, tapir akan lari ke sumber air yang terdekat untuk menghilangkan diri. Tapir Malaya boleh membesar sehingga 1.8 meter hingga 2.4 meter dan mencapai berat 250 hingga 320 kilogram. Ada juga yang menampung berat sehingga 410 kilogram.


Okay, sekarang mari kita lihat gambar gambar Tenuk/cipan/Tapir yang comel ittew...

Nak gi bersiram ye bang?


Baby Tenuk Malaya and Mommynya

Alaa comelnye anak Tenuk Malaya ni....


Tenuk Malaya merajuk kot ni...tapi still maintain kiut


Ni tenuk omputeh...tak sma mcm Tenuk Malaya...coz tenuk malaya pakai vest hitam dgn sluar putih

Baby Tenuk : Mummy, posing la cantik skit.. Mummy Tenuk : Iyolah

Apa apa pun, penggunaan Tenuk/cipan /Tapir di dalam kata kata sehari hari tidak lah seteruk penggunaan mamat ni ......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.


hehehehehehehe.........

( alamak, nanti Blog ni nak kena Samak ke? ;p )

2 comments:

iamreallyregretwithwhatihavedonechumichikiboom said...

ish ish ish.... ini adalah pesanan khidmat mmasyarakat khas untuk membela haiwan...... udah2 la tu menganiaya binatang... hentikan la penggunaan nama2 haiwan ni dlm percakapan seharian...

bicara hati secawan kopi said...

haaaaaaaaaa, comelnye tapir ni, pandai dia pakai vest itam ngan suar putih, ish-ish patut dia pakai kasut itam putih gak!! macam maikel jeksen..=p