31 August, 2010

Hari Kebangsaan ke 53





Kalau saya di adelaide, saya tak terasa sangat pasal hari kemerdekaan ni. Sebab saya tentu akan sibuk buat kerja main main dah perlbagai lagi.. Tapi sebab tahun ini saya di Malaysia, dan saya bnyk menonton History CHannel dan juga Hati Malaya yang di tayangkan semalam. Jadi sedikit sebanyak terasa juga. Walaupun esok pada hari ulangthn kemerdekaan malaysia, Sepupu saya nak turun shah alam dan ajak saya teman dorang pi shopping raya. Saya tak shopping raya. Baju raya smua ada.. Ada di Adelaide sebab saya tak jangka nak raya di Malaysia thn ni. Hajat di hati nak pulang ke Adelaide dan hanya menyambut hari raya ala kadar sahaja di sana. Tapi apakan daya, Kita hanya merancang. Mungkin Ramadhan kali ini membawa seribu pengertian dan meninggalkan kesan yang mendalam.  Maka saya pun pakai lah baju raya thn lepas sahaja. Ok, kalau nak cerita bab raya, kita buka entry lain ya =).

Akhir kata, 

Selamat Hari Kemerdekaan ke 53, Malaysia

HUjan Emas di negeri orang, Hujan Batu di negara sendiri.... ( yang selbihnya, sila sambung sendiri ya....)


No comments: