15 June, 2009

pandu memandu...

1) Anda boleh memandu?
Ya, saya boleh memandu

2) Memiliki lesen memandu?
Ya, saya memiliki lesen memandu

3) Bila tarikh luput ?
Thn 2012

4) Dimanakah anda mengikuti kelas memandu?
Saya mengikuti kelas memandu saya di Sekolah Memandu NHR, Shah Alam. Kakak dan adik saya juga belajar memandu di situ. Begitu juga dgn sepupu sepupu saya... =)

5) Instructor pertama anda?
Instructor pertama saya ialah Cikgu Shamsuddin, mula mula Cikgu Shamsuddin, lepas tu anak lelaki dia pula mengajar saya. Saya lupa dah nama anak lelaki dia tu. Ingat nama ayah dia je..

6) Kenderaan yg anda bwk sekarang?
Saya tidak mempunyai kereta di adelaide dan saya kadang kadang, saya hanya meminjam kereta jiran saya sahaja untuk memandu di adelaide, di Malaysia, saya ada sebuah proton Savvy yang comel.

Katak dua ekor tu adalah hadiah officemate lama ( kepala katak tu actually tissue cover, katak kecik is sunglasses holder), dan bear hijau perut buncit tu hadiah dari Cik Baya tapi sekarang, bear hijau yang buncit tu sudah menjadi Toys si Hitler..dia lompat, sepak , tendang, gigit habis.... . SAvvy ni, di gelarkan Bumper car sebab dia mcm bumper car

7) Impikan kenderaan lain?
Setakat ni saya sayang SAVVY saya tu sebab erm… ada la sebab sebab tertentu kenapa saya sayang Savvy tu…. Hehehehe.
Insyallah, kalau ada rezeki lebih, boleh la beli kereta idaman

8) Pernah kemalangan?
Pernah. Saya terlanggar Perodua Kembara dari belakang waktu peak Hours kat UiTM section 17. Hasilnya, kereta proton Wira yang saya pandu remuk di dapan, bukan laju pun saya langgar, tapi Wira tu remuk over betul…orang smua kata “ kereta Malaysia.. biasalah tuu…”
Proton wira tu bukan saya punya pun.. Uncle brahim bagi pinjam coz dia ada extra kereta.. boleh tak? hehehehe

9) Kenangan manis/pahit sewaktu belajar memandu?
Masa hari exam memandu on the road, selepas parking, 3 point turn and bukit, saya masuk dalam kereta, orang dari JPJ suruh saya bawa kereta tu, saya minta izin nak baca doa yg Cikgu Shamsudin tu bagi dulu ( dia siap pesan, bawak doa tu dan baca sebelum drive dgn orang JPJ), Oleh kerana saya sgt bendul, saya pun diam kejap nak baca doa.
orang JPJ tanya " kenapa tunggu? bawak la..."
daya jawab, "Kejap encik, saya nak baca doa yang instructor saya bagi,"
Orang JPJ jawab, “ Tak pe, bawak je… saya tau awak baik…”

Kisah 11 thn lalu hehehehe….

10) Tips buat mereka yg ingin mengambil lesen?
Tanpa keberanian, mimpi tidak akan menjadi kenyataan… ( mimpi nak bawak kereta lor…)
Jgn takut takut bawak kereta….You Can Do It !!!!
Berhati hati di jalan Raya dan Ingatlah orang tersayang... Cewah.. mcm iklan hari raya pulak...

No comments: