okay, it is not similar, its is exactly the same !!!! hahaha
okay, i was kinda too distraught to sleep. Ada la hamba allah yang tak berperikemanusiaan yang telah menghuru harakan hidup saya. No, ini bukan kisah cinta.. sebab saya terganggu dan sangat terganggu dengan apa yang terjadi, maka saya memohon pada ALLAH utk membantu saya melupakan apa yang di lakukan pada saya dan meningkatkan tahap kesabaran saya....
Jadi kerana saya tidak boleh tidur dan Subuh bakal menjelma sebentar sahaja lagi, Maka saya pun google nama sendiri, kali ini nama penuh saya. bukan nama kedua saya.
satu persatu muka surat laman web saya perhatikan, hinggalah mata saya terpandang nama saya cumanya berbintikan orang lain. Binti DOLLAH sebagai specifikasi... Dan saya tergamam... Namanya saling tak tumpah nama saya. Mebuatkan saya terfikir, dari manakan datangnya idea ibu dan ayahnya untuk menamakan beliau sedemikian. Saya tahu, Ibu saya mempunyai alasan tersendiri dgn nama yang di pilih yang menjadi milik saya selama 30 thn bernafas di muka bumi ini, Alhamdulillah, ALlah masih memanjangkan umur saya.
Agak menarik juga ya... lalu sayapun teruskan mencari, orang yang sama ternyata mempunyai akaun Facebook dan bersekolah di sekolah menengah Tuang. Semoga adik yang bernama seperti saya ini akan belajar bersungguh sungguh di sekolah dan mendapat keputusan yang cemerlang nanti. Bukan seperti saya yang agak mundur di sekolah.sejak masuk ke sekolah menengah, saya bukan lah pelajar gred A.
Apa apa pun, agak menarik jika suatu hari nanti kiranya saya terjumpa orang yang bernama seprti saya ini.
Insyallah jika di izinkan ALLAH.. Amin....
saya dapati, penulisan saya di dalam bahasa melayu agak effektif pada waktu waktu begini.. buat pengetahuan semua, waktu sekarang ialah 2.42 waktu Malaysia dan 5.11 waktu di adelaide.
izinkan saya berundur untuk bertemu yang Esa...Dia lah sebaik baik tempat untuk mengadu..
No comments:
Post a Comment