
17 September, 2008
Songs for the Soul

Ayat-ayat Cinta
The theme song is on track number 11 at imeem box on the right side of the page...Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit
16 September, 2008
Kata - kata ......
Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan Perjuangan,
Perjuangan memerlukan KETABAHAN,
Ketabahan memerlukan Keyakinan,
Keyakinan mementukan KEJAYAAN.
DUA
Kekecewaan mengajar erti kehidupan,
Teruskan perjuangan kita,
walaupun terpaksa menghadapi
rintangan demi rintangan dalam hidup.

TIGA
Antara nasib dan takdir adalah lebih kurang sama,
Ianya akan berubah hanya dengan doa kita dan keizinan-NYA
Insyallah......
sumber : iluvislam.com
15 September, 2008
Bila diri di sayangi
Back then, when I was a 15 years old , this song seems to be like a normal love song. Didn't think that much on the lyrics. But now, when a friend asked me to listen to this song after soooooooo many years not listening to Ukays's song, this song actually has a different side. Not just only a love song by Ukays but juga sebuah lagu yang berunsurkan ketuhanan dan keagamaan.
Allah sayang akan umatnya.
Bila Diri Disayangi
by Ukays
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu,
terasa diriku kembali dipandu
Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri
p/s : Can I suggest that In-Team or Mirwana or Unic or Mestica or Nowseeheart or any nasyid group out there to re-record this song and include it in their next album?
Tazkirah Ramadhan 4 - Puasa dan Kesihatan
Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:
Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.
Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.
Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.
Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.
Cara berpuasa yang tidak berkesan:
(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan
Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok
Fasa-fasa puasa yang berjaya:
Fasa pertama (2-3hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah
Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.
Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.
Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:
(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan
Manfaat puasa yang berkekalan:
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut =p
(ii) Kesihatan bertambah baik
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari
puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."
13 September, 2008
Antara Pilihan & Kesempatan
I Got this from Suzie's blog. According to Suzie, an indonesian guy wrote this to his kekasih hati ( which is Suzie's classmate). Whatever it is, its beautiful....
Antara Pilihan & Kesempatan
Belajarlah mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, Itu namanya kesempatan.
Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik,
Itu bukan pilihan, itu kesempatan.
Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan,
Itupun adalah kesempatan.
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.
Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, Itu adalah pilihan.
Bahkan ketika kita menyadari bahwa masih banyak orang lain
Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu
Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan.
Perasaan cinta, simpatik, tertarik,
Datang bagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.
Berbicara tentang pasangan jiwa,
Ada suatu kutipan dari film yang mungkin sangat tepat :
“Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil”
Pasangan jiwa bisa benar-benar ada.
Dan bahkan sangat mungkin ada seseorang
Yang diciptakan hanya untukmu.
This gurl likes it too he..he..he...Thanks Suzie for the kebenaran mem'post'kan poem ni di Blog kami pulak he..he...
hmmmmm.....
I was writing a few 'kad raya' to send to good frends, cousins, sister, brother, aunties and uncles in Malaysia ....Hmmm....Teringat pulak kat Mak, I wonder how my mom is handling the raya card this year. Usually, she will give me a stack of cards and the stamp pad for me to cop the card. And a long list of address to be printed out families, relatives, friends, and not to forget a whole lot of stamps that can even cover the whole human body he..he....oh ya, Mak, the last years senders' addresses are all in the laci telefon ya!

Other than that, I am ........................



06 September, 2008
Aku RIndu
Aku rindukan kedamaian itu,
Aku rindukan keriangan itu,
Aku rindukan keharuman itu,
Ya Allah,
Hanya engkau yang mengerti, perasaan rindu yang semakin mendalam,
Hanya engkau yang tahu perasaan yang semakin meronta untuk kembali ke tanah suci mu
Ya Allah,
aku rindu.....
Akan ku sambut seruan mu,
Akan ku sambut lambaian itu....
Aku ingin kembali...
-skuna-

LUV's POTLUCK CLUB
Today, I choose to bring dessert. Well, when I am having somesort of ‘Jiwa Kacau’ or if I could not sleep at night, Kitchen is the best place to be. NO…..not to be a Tikus to korek dapur cari makan, but to rearrange the plates la, rearrange the cutlery drawers, and to look at what I have and what can be cooked or baked. I was still having difficulties sleeping after mengaji that night. With the ‘Jiwa Kacau’ I actually wanted to bake a cake… Banana Cake since my otak is going BANANAS as I couldn’t sleep !! Checked the recipe ….Ops! I don’t have Tepung Jagung. So, I decided to do Bread and Butter Pudding instead. Layered with chocolate chips ( Specially for Suzie and Nadia….), It was suppose to be raisins, but who cares he..he…sekali sekala kena indulge diri dgn benda mcm ni.. hu hu hu….
The Bread and Butter Pudding...
After Maghrib and makan, smua terjelepuk kat sofa rumah Kak Nita repeating the buah and dessert watching while ZATHURA on TV. When it was about to end, I don’t know from where the conversation appears and what its all about, Oh ya… its about the norms when husband and wife kat Malaysia bergaduh, and the wife will say, ( according to suzie…he..he..)
“ Saya tak kira,abang hantar saya balik rumah Mak bapak saya….”
AndI replied jokingly said,
“Eh, Nanti husband dia reply, eleeh… rumah Mak awak berapa tapak je belakang rumah kita, pi la balik sendiri…” And we had a gud laugh.
Then I asked Izati, ( she’s engaged and planning to get married next year.)
Husna : Izati punya tunang, orang penang sama macam izati kan?
Izati : Allah, rumah tunang Zati …Mok zati kata, dan ronbongan depa nak sampai, kalau kentut, beu tak habih lagi, depa sampaai…. (dengan loghat penang yang sangat pekat..) (* Translation = Allah, rumah tunang zati, mak zati kata, sedang rombongan nak sampai, kalau terkentut, bau kentut tak hilang lagi, rombongan pun sampai)
Me, Kak nita and Suzie gelak, but Nadia was like ……
I dun understand what on earth are they laughing about ?
And we laugh again because Nadia said she only understand when Zati mention rumah tunang je.. the rest she was like terbeliak biji mata…. The look on her face was PRICELESS !!! After laughing at Nadia, we explained to her what Izati meant to say, baru lah dia faham…he..he…
All of us except Nadia ada background Utara, Kak Nita is a lecturer from UiTM Perlis, Suzie did her undergrad in USM, so does Izati whom also grew up in Kepala Batas, and me, who’s mother tounge is Bahasa Melayu Pulau Pinang at home ( my family cakap penang kat rumah and with other orang penang but when kluar rumah, automatic slang tukar.)but tak sepekat mcm Izati.
When ever we talk about anything, terkeluarlah slang utara and Nadia will have that PRICELESS look on her face. Even when Izati sebut Pisang and calls Nadia , “KOK NADIA…” ha..ha..ha….every now and then, we will educate Nadia a little bit on Bahasa Utara like, Ligan, Mar-ket and many others…Okay, Nadia grew up in Subang Jaya all her life and then went to Brisbane for her undergraduate studies. So, bahasa utara ke, Timur ke, Sabah Serawak ke, dia tak familiar la….BUt, Nadia teror loghat NOGORI tau...(Nanti kita pi Negri Sembilan, habislah kita.....)Nevermind Nadia, u will know bahasa utara in a dash with Izati, Kak Nita, Suzie and me around you he..he....
I wonder when Nadia dah complete her Masters and go back to Malaysia, Nadia dah pandai ckp loghat utara and her parents will be thinking that did they send their anak to
Adelaide, Australia or Kokdiang, Kedah he..he..
* Terima Kasih Kak Nita kerana sudi contribute tepung jagung kepada orang yang separuh Bananas ni untuk buat Banana Cake. Harap-harap orang yang makan banana cake tu tak la plak go bananas ye...
LuV's Cats - ALL ABOUT PiNGU
A few days old...look at the kitten's tiny feets , tiny ears and tiny tails..
one week old....and saying 'hi'
A few weeks old with his adik, Jam. ( Jam is now under the care of Ayumi )
Mummy's Boy
A few Months old ( peyut muncit....)
Just recovered from perging and muntah2...So kurus....muka pun muka kucing sakit....
Such a Poser ..
Explore cara-cara nak kluar dari rumah....
Tempat Hang Out
Eeeiii....Shy only ar....... ( Pingu was 4 months at this time and he is as big as his Mom, Belle)
Dah pandai keluar.... he..he.. hiding under the Car
'Trying' to make friends with the ikan
Performing his Job description
Hobby ( posing depan camera)
he...he... apa la yang dia tgh fikir masa ni kan?...
Kontrol Macho ni...
This is my PENGUBAT RINDU di Adelaide.... Soft toy version of Pingu. Jadi laah....( jumpa kat one of the toy shop kat Marion )
Luv's Tazkirah Ramadhan 3 - Ketahahan Jiwa Ibadat Puasa
BERPUASA Ramadan bukan sekadar berlapar atau dahaga, malah mempunyai rahsia dan nikmat lebih daripada itu. Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.
Menguatkan Jiwa
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.
Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan.
Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud : “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)
Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.
Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Mendidik Keinginan Ke Arah Kebaikan.
Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.
Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng (daripada serangan keburukan).”
Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi. Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.
Menyihatkan Badan
Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.
Mengenal Nilai Kenikmatan Dan Bersyukur
Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.
Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.
Di sinilah, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.
Allah berfirman bermaksud : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).
Mengingati Dan Merasakan Penderitaan Orang Lain
Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir. Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.
Oleh kerana itu, sebagai simbol dari rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.
Allah berfirman bermaksud : “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103)
Cerdit to TAZKIRAH
04 September, 2008
Allah Knows Best
ALLAH KNOWS BEST
AUTHOR : Unknown
ALLAH knows what is best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain.
We always want laughter
and the merriment of cheer
but our heart will lose
their tenderness
If we never shed a tear.
ALLAH tests us often
with suffering and sorrow
He tests us not to punish us
but to help us meet tomorrow.
For growing trees are strengthened
if they can withstand the storm
and the sharpness of the chisel
gave the marble its grace and form.
ALLAH tests us often
and for every pain
He gives us
provided we are patient
Is followed by rich gain
So whenever we feel that
everything is going wrong
It is just ALLAH'S way to make our spirit strong.
Back in 2001, I did my Undergrad studies in UiTM ( yeah, ...where else kan....UiTM di hatiku lah...) I was doing Bachelor of Accountancy and one of the subject is BEL ( ENglish la..). It was my favourite subject since i don't favor Accounts subject at all... ha..ha.. funny eyh, but I took Accountancy course...
Ok, so, the lecturer for BEL that semester was Puan Norzana ( If i am not mistaken lah....). Kind of young but not so young. She is very nice. I always like to talk to her after class. ( It was in her class la, I developed my speed reading becoz she always give us a very very long passage to read). During those years, I love to write Poems. So I showed her one of my poem and asked her to comment. What she actually did was, talk to me personally and was a bit concern as the poem I wrote showed sadness and frustration. She asked me what it is all about but I just couldn't tell her. I never thought the poem I wrote tu sedih yang amat sangat. The wordings really touched her..... he..he...
I guess she understand and did her thing advising me about this and that and told me about a poem she read somewhere and think that i should read them too to lift up my spirit...
A few weeks later it was Exam day. After the BEL paper, before I left the dewan, she gave me an envelope with a print out of the poem and she told me to always keep up the good spirit, don't ever give up, and I have to move on. She told me, ALLAH KNOWS BEST. So, berdoalah dan beribadatlah banyak banyak pada Allah.
I still keep the copy she gave me and it really did a fair share of helping keeping me up during the 'not so good' days. Thanks Puan Norzana for the poem..
Luv's Nephew and Niece - Aqeel & Adnin part 1
03 September, 2008
Luv's Tazkirah Ramadhan 2 - Jangan Sekali Berputus Asa....
MENGAPA TAK DAPAT APA YG DI IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216-
MENGAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45-
APA YANG DI DAPATI DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111-
YA ALLAH, AKU TIDAK DAPAT MENAHAN DUGAAN MU…….
"..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12-
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129-
Hanya Engkaulah yang Maha mengetahui dan mengasihani
02 September, 2008
Luv's Tazkirah Ramadhan 1 - Keajaiban Hati
Hati atau roh merupakan penciptaan yang ajaib di dalam diri kita. Di antara keajaiban hati ialah:
Credit to She-Kin
01 September, 2008
Happy Birthday Kak Nita !
of August, so we decided that we will surprise Kak Nita the next day instead. The planning was for Nadia to cook Nasi tomato, Suzie with sayur, Izati with Ayam mAsak merah ( sibuk dia nak beli peas bubuh dalam ayam merah but we lupa to buy at Marion…) and yours truly with the birthday cake ( macam terror je nak buat cake ….ala, cuba apa salahnye….)
I went to borrow kak Nita’s Hand Mixer on Sunday evening. She kept asking me what I want to do with her mixer. At first I said it’s a secret, but later I told her, I wanna make something for the face like facial mask or something. She believes it. Ha..ha.. ha…. That night, me Izati and Nadia mixed and Bake the cake. On Monday evening, I did the frosting. We bought some cooking chocolate. After double boiling it the texture of the chocolate was just nice and creamy, Not until Nadia told me to add some milk, so I did. The texture becomes a bit hard…hmmmm.. this is funny.. Back home it not like this.So I keep stiring and add the frosting form the box. Not realizing the weather in Adelaide is not like Malaysia. Dengan pantas, saya telah mengcover the whole cake and dengan sekelip mata ia terus menjadi keras. The cake looked like I dunno what to say… sungguh like ‘ROCKY ROAD’ he..he…
The 'Rocky Road' Cake
Berangan la smua nak letak strawberry la, kacang la, topping tu terus jadi mcm batu dah.….So, after everything is ready, I went to Hide at Nadia’s place becoz tak nak kak nita tau ada cake utk dia. Later dah dekat nak berbuka, we went to Kak Nita’s house. Kak Nita was so surprise to see the Cake and the present for her.
something 'small' for Kak Nita
Nasi Tomato
Tauhu sumbat
Ayam Masak Merah
Brocolli goreng
Oranges
Bila waktu dah masuk, we baca doa buka puasa and kak nita cut the cake, we sang ‘happy birthday’ for her and ate the cake.Lepas solat magrib, makan lah nasi tomato and other dishes yang sangat sedap tu. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki Allah beri. Hilang rasa sedih masing masing berbuka puasa jauh dari family.….Dan,.....jeng..jeng...jeng......selepas agak-agak 15 ke 30 minit, inilah hasil kreativiti masing masing melicinkan pinggan masing-masing….
he..he..he... =p
Happy Birthday Kak Nita!!!
Asar 2X
Pada suatu hari , di hari pertama di bulan ramadhan yang bertarikh 1 September 2008. Husna pun sampai rumah setelah penat berjalan dari NILS, pergi Library,then jalan balik with the girls,sempat berposing untuk kamera Kak Nita.So, sampai rumah,terus solat zuhur. Then tunggu Asar.Selalu HUsna solat Asar agak lambat di surau atau di rumah, ni since dah balik rumah, boleh la Husna solat ngam ngam waktu. Eksyen ni, tgk jadual solat dan bersolat. habis je solat, telefon berbunyi. seorang kawan telah menelefon HUsna untuk meminta bantuan.
Kisahnya....( extract je la form the conversation)
Kawan : awak tengah buat apa?
Husna: Baru lepas solat
Kawan : Solat ? Solat zuhur?
Husna : Solat asar...
Kawan : Eh.... Asar blum masuk lagi lah...sekarang baru 3.20, Asar 3.29
Husna : Tapi, jadual kata 3 suku.
Kawan : Awak salah tgk jadual ni....
( terus pi tgk jadual kat board kat study table.... Astaga... tarikh SATU AUGUST memang lah solat asar pukul 3.15. sekarang, harini SATU SEPTEMBER !!!!!) !@#%%&*
Husna : Ye lah.... ( sambil tahan gelak...) saya salah tgk jadual.. tu jadual bulan August
ha..ha..ha... HUsna gelak seorang diri.Kena solat asar lagi sekali....he..he... Lain kali, baca lah jadual dgn betul ye Husna!!! =p












