10 January, 2011

CinTa




Cinta itu cantik
Pabila semuanya indah

Cinta itu sempurna
Pabila ia kekal

Cinta itu bahagia
Pabila ia menyenangkan

Tapi..

Cinta itu amat menyakitkan
Pabila di khianati

Cinta itu menjelikkan
Pabila di dustai

Cinta itu jijik
Pabila terus dikhianati dan di dustai.

Dan

Cinta itu di khianati
Pabila ia tidak dihargai...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aihhh... Ni apa kes berbicara tentang cinta ni? Mungkin terlebih dos lagu cinta kot untuk malam ni atau pun mungkin terlebih dos ubat jugak ...atau terlebih dosage drip doc bubuh semalam...

Thn pun dah masuk thn 2011.. Soal cinta masih mcm cinta. Bukan cinta saya yang dah lama terkubur tapi maksud saya soal cinta tetap mcm soal cinta. Yang berubahnya mungkin dulu pakai ketuk ketuk botol, tulis surat cinta yang dua tiga hari atau seminggu baru nak sampai, lepas tu ber sms, lepas tu email, sekarang dah ada FB and twitter.. Pergh hebat lahh.

Seorang kawan mendapat berita buruk pada mlm thn baru mengenai cintanya. Pada saya it's high time kerana tak sanggup meihat kawan menderita di permAinkan. Lebih sedih melihat dia semakin sengsara dgn perpjsahan itu..tiada siapa yang boleh bahagia dgn perpisahan saya rasa... Hanya saya sahaja kot yang bahagia dgn perpisahan saya.derita saya saya yang tanggung.berpisah pun sebab memikirkan rasional dan mengikut akal dan gerak naluri yang ALLAH berikan walaupun ada yang mengata menolak jodoh..there's too many thing beyond that...ehhh apsal cerita saya pulak yang terkeluar nih...

Thn 2011, saya harapkan kawan saya bertemu dgn orang baru yang boleh menyayanginya..saya tahu orang itu ada dan setia menanti di sana.tunggu masa je nak sambar. Lupakan lah yang lama yang tidak lansung menghargai anda tu..Hehehe apa pun saya akan rasa gembira jika kawan saya ini gembira..bahagia dan tenang dgn kehidupannya.inshallah... Siapa juga pilihan anda saya menyokong.. Saya ulangi.. Siapa juga yang memikat hati anda asalkan orang itu baik dan bukanlah berperangai durjana mcm bekas cinta hati anda..

Jgn risaukan persahabatan kerana kita akan tetap bersahabat walau siapa pilihan anda sekalipun ;)

Saya? Di tahun 2011.. Mengharapkan cinta? Hmmmm entahlah... Rasanya thesis saya kot yang kehausan cinta, kasih syg dan perhatian saya.sesekali mungkin teringat juga pada kisah lalu, tapi hanyalah sebagai kenangan.. Atau mungkin di takdir utk hidup sendiri lagi buat sementara waktu. Saya rasa itu lebih afdal daripada menjadi org ketiga ataupun backup plan orang lain..and i wont come between two people( ewah... Ckp omputeh pulak hehehehe)

Udah le tu cik skuna oi... Udah pagi dah ni, setengah jam lagi udh boleh nyanyi lagu P.Ramlee bertajuk 3 pagi tu... Atte nye, pukul beghape nak bangun subuh nya? ( jatuh cinta betul saya dgn keindahan bahase negeri perak ni... ;) hehehe)





Lot's of lurve,
- skunahusna-

**Giler tak, skali location dia persekutuan highway daaa... (cekaut de lokesyen bilo...) tak de keje yours truly nak duk tepi highway pepagi buta cam ni.. Padahal kita dah selamat Dok dlm selimut dgn adelaide wether musim winter dlm bilik ni gara gara malas nak on lap top... ;p Berguna jugak phone bodoh ni hehehee ( haiyohhh lupa lagi nak cerita padal kebodohan phone ni.. Ok esok je la ye )**

Location:Persekutuan Hwy,Shah Alam,Malaysia

No comments: