Sebelum membaca, adalah di nasihatkan pembaca memahamkan tatabahasa di bawah
Tatabahasa :
Crabbing = menangkap ketam
Crab = Ketam
Crabbers = Penangkap ketam
Crab net = jaring alat utk menangkap ketam
Bahan-bahan untuk Crabbing :
Crab net
Boleh di dapati di K-mart pada harga Aud $7, atau juga di mana-mana Garage sale di mana kita kadang kadang boleh angkut sekali 5 net pada harga Aud$ 2. Cara paling akhir, boleh pinjam kat Abang Man and Kak Lin he..he... =p
contoh crab net adalah seperti yang di pegang oleh cik Nita di dalam gambar di atas, untuk pengetahuan, cik Nita adalah yang berbaju hijau, bukanlah jejaka yang tidak berbaju itu =)
Umpan
Umpan untuk Crab ialah chicken carcass.( Teror kan, Ketam makan ayam...)
Beberapa teori baru juga telah di aplikasi kan pada Ketam di sekitar Brighton Beach di mana, Teori A, sosej ayam halal (yang di dapati dari Budget Meat, Thebarton, SA,) telah di gunakan, akan tetapi hanya berjaya mengumpan crab yang belum cukup baligh.
Umpan Sosej ayam hanya berjaya mengumpan SEEKOR ketam sahaja pada malam pertama tangkapan. Manakala, Teori B, dengan menggunakan Chicken Maryland. Dari Teori B ini, ada lagi pecahan Teori B(i), di mana, Chicken Maryland telah di kerat dua dan Crab ternyata amat suka pada bahagian drumstik ( sama mcm Husna he..he..). Teori B (ii) Bahangian sebelah lagi pun ketam suka jugak.
Ayam Maryland Teori C pula, menggunakan Ayam Yiros perisa Tandoori yang di dapati dari Pembekal daging halal di Central Market (Walaubagaimanapun, status pembekal ayam halal ini agak meragukan), Tapi crab sangat suka kerana Ayam yiros ini berbentuk drummets ( ada kaitan dgn teori B(i) )
Bukti ketam suka drumstick, Tgkla berapa bnyk ketam dalam net yang umpannya ialah drumstick.
'Umpan' utk Crabbers
Crabbers juga memerlukan umpan atau lebih tepat lagi di panggil bekalan untuk mengisi perut. Bekalan bekalan ini terdiri dari sandwich sardin, karipap sardin, cucuq ikan bilis, sandwich sardin lagi, kek, cucuq/jemput jemput pisang. ( Menu yang berasaskan sardin adalah lebih popular untuk di bawa sebagai bekalan, sebab nya, masih belum dapat di pastikan) Manakala air yang paling famous yang selalu di minum oleh crabbers ialah Teh O panas dalam Termos. ( oleh kerana terlalu TERUJA menangkap ketam, gambar umpan utk crabbers telah terlupa di ambil)
Baldi
Baldi di gunakan untuk mengisi Crab yang telah berjaya di tangkap. kalau tak, nanti crab tu merayap, habis... Baldi juga di gunakan untuk mengambil air laut utk crab, mengikut konsep mengambil air di perigi.
Plastik
Plastic mestilah lebih dari dua kerana terdapat plastic yang akan di isikan dengan crab yang illegal dan seterusnya akan terus di hantar ke Boot kereta. ( Tetiba kat sini teringat Bootman plak...)
Kain Buruk
Kain Buruk adalah utk multipurpose utk pegang crab atau menutup crab illegal yang di tangkap yang telah di letakkan di dalam baldi.
Satu benda yang panjang
Yang ni tak kira lah, kalau nak bawak screw driver ke atau pengasah pisau yang macam Mak Tam suzie punya tu... kegunaannya agak berguna, sebab benda tu panjang, kita boleh kuis crabs yang tak cukup umur tu kembali ke laut.Ini adalah untuk mengelakkan kita di sepit oleh crabs tersebut.
Satu botol air paip
Air paip SA di dalam botol amat berguna utk membasuh tangan setelah memegang crab. Nanti sakit perut plak kalau lepas pegang crab, pegang sandwhich sardin Mak Tam Suzie yang fuhhh sedap....
Cara-caranya :
1. Buka gulungan tali yang panjang yang di belit di diameter Crab net.
2. Ambil umpan dan letakkan di tengan crab net . Jgn lupa ikat atau cucuk dgn dawai yang tersedia, kalau tak nanti Crab gelak kat kita, sebab dia boleh curik ayam tu.
Abang Man, Kak Lin's hubby sedang memasang umpan
3. Setelah di pastikan ayam di ikat dgn ketat, maka balinglah net ke dalam laut mengikut arus air laut..Sila jangan baling dgn kuat kerana ianya akan merosakkan crab net. (Cara membaling adalah mengikut variasi Crabbers itu sendiri...) Oh ye, jangan lupa ikat tali pada tebing kerana kalau tak ikat, habis lah hilang net tu dalam laut nanti dik nun oiii....
ikat dulu, baru baling....
Husna membaling crab net Din, Yun's hubby membaling crab net
Nadia membaling Crab net...
( gambar ini di ambil pada sessi pertama crabbing yang di adakan pada bulan November 08)
4. Sila tunggu sebentar sementara umpan 'menggoda' Crab. Sementara itu, aktiviti beramah mesra sambil bergambar beramai ramai atau makan bekalan yang sentiasa berasaskan sardin dan minum Teh O panas bersama Crabbers yang datang..(malangnya bukti makanan berasaskan sardin tiada dalam bentuk foto =p). Waktu menunggu juga boleh di gunakan untuk bermain dgn anak anak para Crabbers yang comel comel belaka.
Crabbers dari FLinders Uni. Gambar ini di ambil di dalam kesejukan awal pagi pada jam hampir 1 pagi
Shahmy dgn aweks cun dari FLinders Uni
Nadia dan Shahmy
with Allyssa yang comel. ( Allyssa adalah anak kepada pasangan Din dan Yun)
5. Agak 20 minit, tariklah net keatas. Sekiranya ada ketam, maka kita haruslah memastikan ketam itu legal untuk di bawa pulang. sekiranya tidak mencukupi taraf piawaiannya, maka haruslah di lepaskan kembali Crab itu agar ia dapat pulang kepada keluarganya yang menanti di dasar laut. =)
ini adalah crab yang cukup piawaiannya
Sebahagian Crab yang berjaya di tangkap
6. di akhir sesi, kiralah berapa ekor Crab yang telah di tangkap, kalau banyak boleh lah di buat kenduri utk di makan bersama sama Crabbers.